HomeBeritaBapa otak sampah, netizen kecam lelaki beri bayinya hisap vape

Bapa otak sampah, netizen kecam lelaki beri bayinya hisap vape

KUALA LUMPUR: Semua orang mahu menjadi ibu bapa, tetapi tidak semua layak menjaga anak mereka dengan baik.

Terlalu banyak kisah kita dengar pengabaian dan penganiayaan terhadap anak dilakukan oleh ibu bapa sendiri.

Sebenarnya lebih mulia ibu bapa yang menyerahkan anak mereka kepada orang yang boleh jaga daripada diri merosakkan masa depan anak mereka.

Hari ini tular satu video seorang lelaki dipercayai ayah kepada bayi yang disuapkannya vape mencetuskan kemarahan netizen.

Aksi itu dipercayai dirakam isterinya dengan panggilan Abi terhadap lelaki terbabit.

Rata-rata netizen marah, ada yang mengatakan lelaki itu otak sampah dan tidak patut digelar Abi sebaliknya babi.

Mereka mahu lelaki ini diambil tindakan sewajarnya.

Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi penguatkuasaan Akta Produk Tembakau dan Merokok 2022 diharap mampu mengurangkan masalah tabiat merokok dalam kalangan generasi muda negara.

Presiden Briged Negaraku, Khairul Nizam Mohd Sopery dipetik berkata ia adalah langkah permulaan ke arah negara bebas rokok pada masa akan datang.

Pelaksanaan undang-undang itu sepatutnya diketengahkan lebih awal kepada generasi yang lahir pada 2000, berikutan rokok dan vape sudah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Atas kekangan dan faktor tertentu negara masih belum berjaya melenyapkan rokok dan vape di negara ini, walaupun fatwa sudah dikeluarkan serta pelbagai kemudaratan dipaparkan di akhbar.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022di Dewan Rakyat dan akan dijadual dibentangkan lagi minggu ini bagi menyelesaikan isu ketagihan produk nikotin itu.

Antaranya RUU itu memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata, terdapat isu dua darjat dalam perlaksanaan ini kerana rakyat di luar sana melihat kerajaan nak kenakan tindakan jenayah ke atas mereka tetapi Ahli Parlimen boleh hisap rokok atau vape dalam kawasan Parlimen.

Author

Pilihan Editor