Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
SCOTT Parker dipecat Bournemouth, hanya empat minggu mengendalikan kelab sejak Liga Perdana Ingegris 2022/2023 bermula.
Pemecatan Parker diumumkan Bournemouth, pada Selasa sehari menjelang aksi tempat sendiri berdepan Wolverhampton Wanderers. Bournemouth sebenarnya memulakan musim dengan dengan positif ketika menang 2-0 ke atas Aston Villa, tapi kemudian gagal mengekalkan rentak.
Mereka kalah 0-4 kepada Manchester City, tewas 0-3 oleh Arsenal, kemuncaknya dibelasah Liverpool 0-9 akhir minggu lepas.
Malang bagi Bournemouth kerana bertemu awal tiga pasukan gergasi.
“AFC Bournemouth mengumumkan bahawa kelab telah berpisah dengan Scott Parker,” kata kenyataan rasmi kelab.
Pemilik Bournemouth, Maxim Demin mengucapkan terima kasih kepada Parker atas jasanya membawa pasukan promosi musim lalu. Tapi, dia menyatakan langkah ini perlu diambil agar perkembangan pasukan dan kelab tetap berjalan.
Parker sebenarnya menimbulkan rasa tidak puas hati pengurusan dalam pembelian pemain semasa jendela perpindahan pemain.
Mereka membelanjakan £22.6 juta untuk dua pemain dan merekrut tiga pemain secara percuma.