OLEH: FATTAH RAZZAQ
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan menamatkan zaman dudanya apabila melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.
Beliau dikatakan pegawai berpangkat Deputi Superintenden, Fazreena Abdul Karim yang bertugas di Muzium Polis di Bukit Aman.
Gambar perkahwinan Abdul Hamid dan isteri baharunya itu kini tular di laman media sosial.
Abdul Hamid menjawat jawatan Ketua Polis Negara secara kontrak selama dua tahun bermula 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.
Beliau digantikan Timbalannya, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.