HomeBeritaHilang stres lihat wajah warga KEMAS - Ismail Sabri

Hilang stres lihat wajah warga KEMAS – Ismail Sabri

SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui hilang tekanan selepas bertemu warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hari ini.

Beliau turut mengakui sudah lama tidak lama berasa seronok apatah lagi berdepan pelbagai masalah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau, masalah itu telah hilang apabila bersua muka dengan warga KEMAS itu.

“Sesungguh hari ini pasti amat mengembirakan saya, sebenarnya saya sudah lama tak serojok macam hari ini macam-macam masalah yang timbul.

“Tapi hari ini hilang semua masalah semua masalah yang timbul,” katanya pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat di MAEPS di sini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pelbagai persembahan dari kanak-kanak cilik dengan aksi comel dan manja di atas pentas memeriahkan suasana.

Semalam ketika Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu diboo apabila namanya disebut beberapa kali di hadapan lebih 2,000 ahli yang hadir.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, beliau sudah lama merindui untuk bersama-sama warga KEMAS kerana pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar agak lama.

“Bersama warga KEMAS yang saya kira merupakan barisan hadapan dalam menyokong segala yang dilakukan oleh kerajaan.

“Cuma dari segi sejarahnya satu ketika KEMAS hilang dari pandangan mata masyarakat, kita tahu kenapa, ada orang diberi amaran pilihan antara dua hendak berkemas keluar atau hendak tinggal dalam KEMAS,” katanya

Author

Pilihan Editor