HomeSukanJordi Amat satukan penyokong Malaysia, Indonesia di Liga Juara-Juara

Jordi Amat satukan penyokong Malaysia, Indonesia di Liga Juara-Juara

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

TAHUKAH anda semasa perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Urawa Reds, penyokong Indonesia turut bersama memberi sorakan di Stadium Saitama.

Ia selepas pemain keturunan Indonesia, Jordi Amat melakukan debut untuk JDT di peringkat tertinggi Asia.

Dia dinilai mampu menciptakan hubungan harmonis antara kedua-dua negara khususnya Johor.

Kelihatan para peminat bola sepak Indonesia turut hadir melaungkan sokongan kepada skuad Harimau Selatan dan mereka bergabung dengan kumpulan penyokong Malaysia yang berada di stadium.

Jordi Amat berada dalam kesebelasan utama Harimau Selatan yang dikendalikan Hector Bidoglio pada perlawanan Pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia. Mereka berhadapan menentang kelab Jepun, Urawa Reds yang merupakan antara jaguh di Asia.

Tetapi, impak dicetuskan Jordi Amat belum cukup buat JDT yang dibantai 5-0. Ia menjadi pelajaran berguna bagi kelab yang pernah menjuarai Piala AFC 2015.

Jordi secara rasmi menyertai JDT sejak awal Julai lalu. Perpindahannya ke kelab Malaysia itu sempat menghadirkan reaksi pro dan kontra dalam kalangan peminat Indonesia.

Untuk rekod, Jordi Amat memiliki deretan pengalaman di Eropah. Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu juga pernah menjadi sebahagian skuad kebangsaan sepanyol B-21.

Author

Pilihan Editor