Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
JUTAWAN Inggeris, Sir Jim Ratcliffe menyatakan minatnya membeli Manchester United. Bos perniagaan kimia Ineos itu sedia berunding dengan keluarga Glazer.
Manchester United mengharungi permulaan terburuknya dalam tempoh 101 tahun setelah dibenam Brighton & Hove Albiona 1-2 di Old Trafford dan diratah 0-4 di kubu Brentford. Mereka kini terjunam di dasar Liga Perdana Inggeris (EPL), sejak dikendalikan era baru Erik ten Hag.
Penampilan buruk The Red Devils menerbitkan kecaman dan perasaan kurang senang penyokong setia yang meraih gelaran terbanyak EPL itu.
Sekelompok peminat The 1958 sudah mengajak penyokong lain untuk berdemo sebelum aksi menentang musuh tradisi, hujung minggu ini.
Mereka bertekad mengusir keluarga Glazer yang dinilai gagal memastikan United kekal bersaing, dan didakwa hanya mahu mengaut wang dari kelab.
Musim panas ini, United jelas berdepan kesukaran dan tampak gagal mendapatkan tonggak Barcelona, Frenkie de Jong yang menjadi buruan utama di bursa perpindahan. Sasaran pemain top adalah penyerang Ajax, Antony pun masih lagi samar.
Dalam beberapa musim terakhir, demo dan desakan supaya keluarga Glazer keluar dari Odl Trafford sudah berlaku. Bos Tesla, Elon Musk sempat meluahkan hasrat untuk membeli kelab, tapi semalam seperti diketahui hanya satu lawak jenaka.
Namun perkembangan terbaru ini dapat memberikan harapan buat peminat MU. Jim Ratcliffe kembali menyatakan minatnya untuk membeli kelab.
Ratcliffe, yang lahir di daerah Greater Manchester, merupakan sebagai penyokong The Red Devils. Lelaki berusia 69 tahun itu dikatakan miliki aset kekayaan senilai US$16.3 juta.
Malah, perniagaan miliknya, Ineos, juga menjalin kerjasama dengan pasukan Formula 1 Mercedes. Ratcliffe terdahulu turut mengajukan tawaran untuk membeli Chelsea dengan nilai US$4.25 juta pada bulan Mei tapi gagal.