HomeBeritaMKN puji Sarawak urus pandemik COVID-19

MKN puji Sarawak urus pandemik COVID-19

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Kehebatan Sarawak menguruskan pandemik COVID-19 di negeri itu mendapat pujian Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad menyifatkan kejayaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengendali penularan wabak termasuk program vaksinasi wajar menjadi teladan.

“MKN amat berterima kasih atas sokongan dan kerjasama penuh yang diberikan kerajaan negeri,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga pengerusi JPBNS di pejabatnya di kompleks DUN Petra Jaya di sini, pada Isnin.

Sehubungan dengan itu Rodzi menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kerjasama penuh selama ini.

“Kami berharap untuk membawa sokongan dan kerjasama ke tahap yang lebih tinggi pada masa depan,” katanya lagi.

Beliau juga mengharapkan hubungan serta kerjasama yang erat aakan berterusan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Keakraban ini akan menjadi penanda aras yang baik untuk keselamatan rakyat, ekonomi dan keselamatan,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor