KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia sememangnya cukup dikenali dengan sikap baik hati dan pemurah, sehingga dipuji melambung oleh orang luar.
Orang Sabah tidak terkecuali, semuanya baik-baik belaka, itu ungkapan pelancong setiap kali datang ke negeri kepulauan Borneo itu.
Baru-baru ini, orang Tawau di Sabah menarik perhatian pelancong sekali lagi, menerusi sebuah video akaun TikTok seorang pelancong yang datang ke sana.
Difahamkan, pelancong berkenaan, mempunyai masalah untuk mengeluarkan wang dari bank, dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai wang.
Sehinggalah tampil seorang lelaki tempatan yang baik hati membantu mereka.
“Saya tidak percaya apa yang baru sahaja berlaku. Kami datang ke Tawau, Sabah dan semua kad bank kami tidak berfungsi.
“Semua ATM telah menolak kad bank kami dan kami tidak mempunyai wang untuk perkhidmatan teksi, membeli makanan dan tiket bas,” katanya menerusi video tersebut.
Menurut pelancong itu, mereka sudah berusaha selama 40 minit untuk mencari ATM yang boleh berfungsi.
“Setelah selama 40 minit kami cuba mencari ATM yang boleh menerima kad bank kami.
“Seorang lelaki datang kepada kami dan berkata, saya akan bantu kamu.
“Dia kemudian membawa kami ke semua bank berdekatan sehingga kami dapat mengeluarkan sedikit wang.
“Dia kemudian membawa kami makan dan bayar untuk kami. Kami mahu membayar dia balik, tetapi dia menolak. Selepas itu dia menghantar kami ke stesen bas.
“Saya terkejut banyak sungguh orang baik di Malaysia, dan betapa Allah menolong awak jika anda memerlukannya,” katanya.
Sementara itu, ramai netizen meninggalkan komen balas positif di ruangan hantaran.
“All Sabahans are good people well I’m from Sabah,” kata seorang netizen.
“Sabahans are nice people. I went to Tawau/Semporna and Kota Kinabalu earlier this year. Everyone I met are so nice, friendly, and helpful,” kata pengguna TikTok @zanifaysron.
“Sabahan are generous and kind in general. Live long and prosper,” kata pengguna TikTok @missrinajamal