HomeBeritaPolis cari guru bantu siasatan kes rogol murid di Bintulu

Polis cari guru bantu siasatan kes rogol murid di Bintulu

OLEH: ARRIAN ZAYNE

BINTULU: Polis sedang mencari seorang guru, Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir bagi membantu siasatan kes rogol anak murid di Bintulu, Sarawak.

Menerusi laporan berita Sin Chew Sarawak, murid tersebut telah dirogol di bilik muzik salah sebuah sekolah menengah pada 29 Julai lepas.

Kenyataan Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit pada Rabu mencatatkan guru yang dicari berasal dari Tumpat Kelantan itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Bagaiamana pun guru tersebut telah menghilangkan dan kini dikehendaki polis.

Kenyataan turut meminta orang awam yang mengenali orang yang dikehendaki atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155.

“Orang ramai juga katanya boleh menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304,” ujarnya.

Menerusi Sin Chew Sarawak, difahamkan seorang guru sekolah menengah lelaki telah terlibat dalam penderaan seksual ke atas pelajar perempuan yang berusia 14 tahun di dalam bilik muzik di salah sebuah sekolah di daerah Sebauh, Bintulu.

Tembelang guru ini pecah setelah mangsa didesak oleh ahli keluarga yang mendapati mangsa mengalami kemurungan sejak dua bulan insiden berlaku.

Lapiran polis telah dibuat oleh keluarga mangsa pada 3 Ogos 2022 dan pihak polis meminta mangsa untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berdekatan untuk siasatan lanjut.

Author

Pilihan Editor