KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) menyekat hasrat Sri Pahang FC untuk melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super kepada enam perlawanan selepas menang tipis 2-1 pada pertembungan di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi.
Beraksi di laman sendiri, skuad Tok Gajah yang merekodkan empat kemenangan dan satu seri dalam lima aksi terakhir bagaimanapunĀ terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan menerusi penyudah Manuel Hidalgo yang tidak dikawal dalam kotak penaltiĀ pada minit ke-47.
Pasukan pelawat dibimbing Mohd Nafuzi Mohd Zain tidak mudah menyerah kalah apabila bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-73 selepas Habib Haroon berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan Sri Pahang untuk menanduk masuk sepakan penjuru Petrus Shitembi.
Shitembi kemudian muncul wira TFC pada minit ke-87 selepas rembatannya yang tertampan kaki pertahanan Sri Pahang, menyaksikan bolaĀ melambung tinggi sebelum menjunam ke gawang menewaskan penjaga gol Mamadou Samassa sekali gus menjadi gol kemenangan TFC.
Selepas 16 perlawanan, TFC kini di tangga keempat mengumpul 26 mata sementara Sri Pahang yang telah mengharungi 17 aksi di kedudukan kelima dengan 21 mata.
Pada masa sama, jaringan tunggal penyerang kebangsaan Darren Lok pada minit ke-59 sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga kepadaĀ Petaling Jaya (PJ) City FC yang mengatasi Selangor FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Ia adalah kekalahan keempat berturut-turut Selangor FC yang kini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 16 mata daripada 15 perlawanan dan berkongsi mata dengan PJ City yang berada di kedudukan kesepuluh selepas 17 aksi.
Sementara itu, pendahulu Liga Premier, Kelantan FC kempunan membawa pulang tiga mata selepas terimatĀ 2-2 berdepan Terengganu FC II (TFC II) diĀ Stadium Sultan Muhammad IV.
Kelantan bermula baik dengan mendahului 2-0 seawal 15 minit pertama menerusi jaringan Nurshamil Abd Ghani pada minit kelima dan Dzulfahmi Abdul Hadi (minit ke-12), namun Wan Fazli Wan Ghazali menjadi duri dalam daging selepas meledak dua gol pada minit ke-33 dan ke-39 untuk mengikat kedudukan sehingga wisel penamat.
Di Stadium Perak, Ipoh, Skuad Projek FAM-MSN akhirnya berjaya mendapatkan tiga mata pertama musim ini selepas bangkit membenam Perak FC 3-1
Tiga jaringan Skuad Projek FAM-MSN masing-masing dijaringkan Amirul Akmal Safarinizam pada minit ke-42, Izzat Zikri Iziruddin (minit ke-56) dan Farris Izdiham Awang Kechik (minit ke-60) manakala gol sagu hati pasukan tuan rumah hadir menerusi Stipe Plazibat padaĀ minit keenam.
Dalam pada itu, jaringan Feroz Baharudin pada minit kesembilan dan dua jaringan Daryl Sham pada minit kesepuluh dan ke-67 membantu Johor Darul Taāzim (JDT) II menewaskan PDRM FC 3-0 ketika bertandang ke Stadium UiTM, Shah Alam. – BERNAMA