HomeBeritaTiga mahkamah, sembilan hakim dapati Najib bersalah - Mahathir

Tiga mahkamah, sembilan hakim dapati Najib bersalah – Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepis dakwaan mempengaruhi mahkamah walaupun beliau melantik Ketua Hakim Negara, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika era Pakatan Harapan (PH).

“Ya saya lantik (Tengku Maimun) kerana saya adalah PM. Saya tiada pilihan ini nama yang mereka serahkan, saya hanya luluskan.

“Selepas pertukaran kerajaan, untuk mengatakan saya mempengaruhi mahkamah…. mereka ada tiga mahkamah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ada sembilan hakim semua beri pendapat sama,” katanya pada sidang media Himpunan Nasional 2022 anjuran Berjasa.

Pengerusi Gerakan Tanah Air itu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada benar beliau melantik Tengku Maimun dan dakwaan campur tangan urusan mahkamah.

Tambah Mahathir, kes Najib mengambil masa empat tahun yang merupakan tiada dalam sejarah perbicaraan selama itu.

“Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (mengenai salah laku liwat) hanya ambil masa sembilan bulan tetapi Najib (salah laku SRC RM42 juta) ambil masa empat tahun.

“Apa yang tidak adil? Contohnya, mereka kata duit dari Raja Arab Saudi, tunjukkan di mana bukti?” katanya.

Author

Pilihan Editor