HomeBeritaUMNO sebulat suara mahukan PRU15 secepat mungkin

UMNO sebulat suara mahukan PRU15 secepat mungkin

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memberitahu, majoriti daripada 158 Ketua Bahagian yang hadir mesyuarat tergempar hari ini sebulat suara mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan kadar segera.

“Tiga MKT hadir. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir kerana ada tugasan dan panggilan mesyuarat ini agak mengejut untuk melihat sejauh mana kesediaan parti.

“Walaupun ‘call’ tengah malam, kita boleh hadir sini hari ini dalam 158 orang, sedangkan awalnya sempat hubungi 90 orang sahaja.

“Mesyuarat hari ini adalah untuk melihat kesiapsiagaan dan keperluan untuk PRU15 nanti, mungkin sebulan, mungkin seminggu,” katanya kepada media.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat tergempar Ketua-ketua Bahagian UMNO membabitkan 158 kehadiran, di ibu pejabat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Puluhan pengamal media berkampung di lobi dan pekarangan WTC sejak jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden yang juga Naib Presiden parti, dan Datuk Seri Mahdzir Khalid antara Top 5 UMNO yang tidak hadir pada mesyuarat itu.

Ketika ditanya adakah isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut dibincangkan, katanya tiada.

Beliau juga menjelaskan tiada desakan dibuat untuk pembubaran PRU15, hanya akan mengemukakan keputusan Ketua Bahagian kepada Ismail Sabri.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan lain-lain enggan memberi komen hanya memaklumkan tidak tahu dan tidak boleh beritahu.

Author

Pilihan Editor