HomeGaya HidupWanita cantik tetapi dicemburui, ilham Paku dan Pontianak

Wanita cantik tetapi dicemburui, ilham Paku dan Pontianak

SETAPAK: Sejarah pontianak adalah seorang wanita cantik dan dicemburui semua orang sehingga berlaku penganiayaan menyebabkan kematian.

Segala-galanya miliknya diambil sehingga wujud lagu popular oleh Misha Omar berjudul “Pulangkan”.

Daripada kisah inilah, pereka dalaman restoran viral Paku dan Pontianak di Setapak mendapat ilham setelah dijemput konsultan pemasaran terkenal Broku untuk membantu menaikkan perniagaan berkenaan.

Pereka dalaman, Mohammad Sukhri Ismail,  28, berkata, idea projek berkenaan paling ‘rare’ sepanjang pengalamannya namun cabaran disahut.

“Saya menjalankan kajian dan mendapati pontianak hanya wujud di Asia Tenggara, kita tak jumpa kisah pontianak di Asia Barat tetapi saya menekankan konsep minimalis dan ‘rustic’.

“Tetapi dalam masa sama saya tak nak orang takut apabila datang ke restoran ini.

“Jadi saya tidak letakkan konsep darah atau menakutkan sebaliknya tenang sepanjang menikmati juadah makanan yang dipilih.

“Pontianak sinonim dengan pergerakan terbang jadi saya pasang kain putih tergantung menutupi lampu siling, manakala paku-paku di dinding sebagai simbolik cucuk sanggul.

“Bunga mawar merah lambang kewanitaan dan keberanian pula dihadiahkan kepada setiap pengunjung wanita,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Terdapat catatan sejarah atas kanvas di dinding, kerusi meja lama dan karpet merah yang kelihatan eksklusif.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022. Paku dan Pontianak di Danau Kota.

Tambah graduan Sains Arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia ini, dia meminjam beberapa pasang baju kebaya lama berusia tiga dekad dari pereka fesyen terkenal Azizul Ramli selain mesin jahit lama di dalam bilik air.

“Elemen tradisional dan warisan ditekankan dalam rekaan kali ini, projek ini siap dalam 30 hari.

“Harapan saya mahu tempat ini bukan mati, tetapi ada pergerakan, langsir, lampu,” katanya yang tidak menyangka restoran itu viral selepas pelancarannya pada Jun lalu.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022. Paku dan Pontianak di Danau Kota.

Foto: IG Mohammad Sukhri

Author

Pilihan Editor