HomeMV+EksklusifWaterfuel, bukan sekadar kereta pakai air

Waterfuel, bukan sekadar kereta pakai air

SHAH ALAM: Sekumpulan anak Melayu memperkenalkan teknologi bahan tenaga berasaskan air atau Waterfuel yang dipasang pada kenderaan bagi tujuan penjimatan petrol atau lebih dikenali sebagai kereta pakai air.

Ibarat sedang mengantuk disorongkan bantal, ketika era pemulihan ekonomi selepas pandemik, teknologi ini muncul untuk membantu ekonomi rakyat.

Menariknya, ia bukan sahaja boleh dipasang pada kenderaan tetapi juga sesuai untuk jentera pertanian, bot nelayan dan juga alat bantuan pernafasan.

Kumpulan anak Melayu tersebut adalah jurutera Waterfuel, Muhamad Haniff Mua’anaff dan pasangannya, Nurul Hidayah Khirul Zaman, yang meneruskan amanah seorang profesor yang menemui formula Waterfuel ini sejak tahun 2010.

Jurutera Waterfuel, Muhammad Hanif Mua’naf dan isterinya, Nurul Hidayah terbabit dalam pembangunan kereta pakai air, Waterfuel ditemubual eksklusif MEDIA VARIASI.

Projek inovasi itu turut dibantu empat orang lagi iaitu Khalili Atan, Rafiza Ahmad, Wan Noor Hayati Wan Alias.

“Kereta pertama yang diuji adalah jenis Naza Kia dan setakat ini 15 pelbagai jenis model kereta sudah dipasang Waterfuel ini.

“Menerusi penggunaan Waterfuel, penjimatan dalam penggunaan minyak, jarak perjalanan yang bertambah, kuasa enjin yang bertambah dan tiada tambahan atau ubahsuaian enjin (bermakna tiada tambahan kos atau menganggu sistem elektronik dan komputer kenderaan).

“Penggunaan Waterfuel tidak mengubah enjin sebaliknya boleh memanjangkan jangka hayat enjin kenderaan.

“Pembebasan sifar karbon dan ekzosnya keluar air, pendingin hawa amat sejuk membuktikan penggunaan Waterfuel bukan sahaja jimat duit malah menyelamatkan udara,” kata mereka kepada MEDIA VARIASI.

Pandu uji kereta guna Waterfuel dilakukan bersama Pengarah Global, Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Shanti Faridah Salleh dan Ketua Bahagian Tenaga dan Kemampanan,  yang melihat sendiri perbezaan kenderaan itu.

Tambah Muhamad Haniff, ekzos mengeluarkan air hingga menitik membuktikan pembakaran sempurna dalam enjin, yang sudah tentu tidak mengeluarkan banyak asap dan karbon monoksida sebagaimana biasa yang berbahaya dan mencemarkan alam sekitar.

“Hidrogen dihasilkan apabila diperlukan oleh enjin dengan konsep ‘On Demand’. Tidak ada sebarang stok hidrogen yang disimpan, tidak ada tangki simpanan sebagaimana tangki menyimpan stok petrol.

“Yang disimpan adalah air dan air tidak terbakar, tidak berbahaya sebagaimana minyak petrol, yang menjadikan pemanduan lebih selamat.

“Dapatan di atas membuktikan ‘proof of concept’ bahawa bukan sahaja air sebagai Waterfuel boleh menggantikan petrol malah memberikan prestasi yang lebih baik, selamat, mudah, murah dan bersih, selain menjimatkan.

Nurul Hidayah turut menambah, teknologi Waterfuel itu juga dapat diaplikasikan kepada alat bantuan pernafasan.

“Ketika hayat profesor, beliau pernah mencuba sendiri tangki Waterfuel ini untuk bantuan pernafasan dan terbukti ia lebih baik berbanding Oksigen untuk menguatkan paru-paru,” katanya.

Ditanya Nurul kenapa Waterfuel inovasi terbaik ketika ini, jawabnya lebih praktikal kerana hanya bawa sebotol air mineral 1.5 liter dan boleh ulang alik Kuala Lumpur ke Johor dengan penjimatan petrol sebanyak 40 hingga 50 peratus.

“Profesor sebelum ini sudah menjalankan beberapa ujikaji tenaga alternatif (green technology) bagi kenderaan elektrik memerlukan kos pengecasan yang lama dan tidak praktikal jika berada dalam hutan atau pedalaman.

“Kenderaan solar pula memerlukan cahaya sepenuhnya tidak sesuai bagi negara yang iklimnya sentiasa berubah, jadi yang lebih mudah adalah air.

“Ada sebab kenapa Tuhan jadikan satu pertiga air menutupi muka bumi dunia ini kerana air adalah segala-galanya.

“Boleh hubungi team Waterfuel untuk pertanyaan lanjut di 0193982700,” katanya.

SILA IKUTI SIRI KEDUA WATERFUEL BUKAN HIDROGEN DAN APA HARAPAN KUMPULAN ANAK MUDA INI

Author

Pilihan Editor