Oleh: FATTAH RAZZAQ
KUALA LUMPUR: Anak jutawan terkemuka dan usahawan Chryseis Tan mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan itu berkongsi berita gembira itu untuk tatapan umum.
“Tak boleh sorok awak lama lagi dah,” tulis Chryseis pada ruangan kapsyen foto yang dimuat naik.
Pada perkongsian tersebut, pewaris Berjaya Group itu mengenakan gaun malam serba hitam sambil memegang ‘baby bump’ yang kini berusia hampir lima bulan.
Sekadar info, Chryseis berkahwin dengan pewaris Naza Group, Faliq Nasimuddin pada tanggal 4 Februari 2018 di The Chetaeau, Bukit Tinggi, Pahang.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arianna Kyla Tan pada 16 Julai 2020.