BEIJING: China menggunguli peringkat global dalam pengeluaran dan jualan elektronik pengguna, hasil inovasi dan pembangunan kapasiti jenama negara itu yang lebih baik, menurut Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat pada Selasa.
Xinhua melaporkan China kekal sebagai pangkalan pembuatan global yang penting bagi produk elektronik pengguna, dan berjaya menarik pengeluar elektronik utama dunia untuk menubuhkan pangkalan pembuatan serta pusat penyelidikan dan pembangunan, demikian menurut pegawai kementerian Xu Wenli pada sidang akhbar.
Kementerian itu akan mempercepat pelaksanaan industri perintis dan tonggak dalam sektor itu, dan menggalakkan pembangunan teknologi audio-visual generasi baharu selain industri realiti maya, kata Xu.
Usaha juga akan dilakukan untuk menggalakkan usaha menaik taraf rangkaian kandungan, pengkomputeran, penyimpanan dan rangkaian paparan industri, antara lain, kata Xu, yang turut menggesa penyepaduan dan pembangunan inovatif teknologi baharu dalam industri utama bagi merangsang potensi penggunaan industri maklumat. – BERNAMA