HomeSukanConte malu perkauman masih wujud dalam bola sepak

Conte malu perkauman masih wujud dalam bola sepak

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

PENGURUS Tottenham Hotspur, Antonio Conte pula berang selepas Richarlison menjadi mangsa perkauman oleh peminat Tunisia.

Conte ketika ditanya mengenai penghinaan yang ditujukan kepada pemainnya semasa meraikan gol akui amat malu dengan gelagat penyokong dalam perlawanan itu.

“Richy bermain dengan pasukan kebangsaan, menjaringkan gol dan kemudian apa yang berlaku adalah luar biasa, kerana pada 2022 kita menyaksikan situasi seperti ini memalukan semua orang.

“Sudah tentu saya berharap mereka boleh diharamkan daripada perlawanan bola sepak sepanjang hayat mereka, tetapi kemudian ia adalah situasi yang sangat mengecewakan untuk membuat komen mengenai perkara ini,” kata Conte seperti dipetik Sky Sports.

Pasukan kebangsaan Brazil membelasah Tunisia 5-1 pada Hari Perlawanan FIFA yang diadakan di Stadium Parc des Princes, Paris, beberapa hari lalu.

Author

Pilihan Editor