HomeSukanEric Cantona akui pernah tawarkan diri jadi Presiden Man United

Eric Cantona akui pernah tawarkan diri jadi Presiden Man United

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

LEGENDA Manchester United, Eric Cantona mengaku pernah menawarkan dirinya menjadi Presiden kelab The Red Devils.

Namun begitu, cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Ed Woodward.

Eric Cantona sudah lama berpisah dengan Manchester United. Namun dia tiba-tiba memutuskan untuk kembali semula ke Old Trafford pada tahun 2021.

Hasratnya itu mendapat sokongan penuh daripada Sir Alex Ferguson.

“Tahun lalu, saya mengusulkan kepada kelab untuk mengubah cara mereka. Ed Woodward hebat dalam pemasaran tetapi tidak hebat dalam bola sepak bola.

“United harus memiliki ketua dan kemudian mereka harus memiliki presiden pemasaran dan kemudian presiden bola sepak, yang bertanggungjawab ke atas semua keputusan dalam bola sepak. Jadi saya mengusulkan kepada mereka bahawa saya harus menjadi presiden bola sepak.

“Saya bertemu dengannya beberapa kali. Tapi mereka tidak menerimanya,” katanya kepada The Athletic.

Cantona merupakan salah satu legenda besar Manchester United. Dia adalah pemain yang berjasa membantu United memulakan dominasi di Liga Perdana Inggeris.

Sepanjang lima tahun di Old Trafford, dia membantu kelab itu meraih sembilan gelaran juara, termasuk empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Namun Cantona juga terkenal sebagai pemain yang kontroversi. Salah satu contoh aksinya yang menghebohkan dunia adalah ketika melepaskan tendangan kungfu kepada penyokong Crystal Palace.

Author

Pilihan Editor