HomeSukanErling Haaland terus bukti ketajaman, cipta hatrik belasah Nottingham

Erling Haaland terus bukti ketajaman, cipta hatrik belasah Nottingham

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

ERLING Haaland terus membuktikan ketajaman dirinya di depan gawang lawan.

Awal pagi Khamis tadi, penyerang Manchester City itu melakukan ‘back to back’ melakukan hatrik di Liga Perdana Inggeris musim 2022/23.

Terbaru, Haaland membantu kelabnya berpesta jaringan menghancurkan Nottingham Forest 6-0 pada minggu kelima liga di Etihad.

Tiga lagi jaringan disumbangkan oleh Julian Alvarez (dua gol) dan Joao Cancelo.

Menerusi statistik BBC, Haaland menjadi pemain terpantas yang melakukan hatrik hanya dalam lima perlawanan awal kempen yang sedang berjalan.

Pesaing terdekatnya adalah Demba Ba (21 perlawanan), Tony Yeboah dan Fernando Torres masing-masing 25 perlawanan, serta Fabrizio Ravanelli 26 perlawanan.

Dia juga adalah pemain keempat Manchester City yang mencetak hatrik dalam satu musim Liga Perdana Inggeris. Sebelum ini, Sergio Aguero (empat kali semusim), Raheem Sterling dan Carlos Tevez.

“Orang yang berkata ‘dia hanya boleh melakukannya di Bundesliga’, kini tertanya-tanya apa yang orang itu akan katakan sekarang,” tulis seorang penyokong di Twitter.

Seorang lagi menambah: “Dan orang menyangka dia tidak akan dapat melakukannya di awal-awal saingan.”

Sementara itu, seorang lagi menulis: “Nombor 9 terbaik di dunia, tiada orang lain yang boleh menyamainya.”

Author

Pilihan Editor