AMPANG: Seorang influencer TikTokers terkenal, Kaka tampil membuat laporan polis berhubung ugutan dan ancaman keselamatan berhubung isu madrasah yang dibincangkannya baru-baru ini.
Berita berkaitan: Ramai mangsa dera ala ‘militan’ tampil kongsi pengalaman
Kaka berkata ugutan itu diterima pada 27 September kira-kira jam 12.30 malam ketika sedang membincangkan topik viral mengenai penderaan terhadap bekas penghuni madrasah.
“Dia melakukan provokasi berbaur ugutan. Ugutan itu dilakukan secara terbuka disaksikan oleh hampir 700 pengguna TikTok yang sedang bersiaran langsung dengan saya, di mana dia mengatakan begini – Kaka kau hati-hati, aku akan pastikan orang-orang dalam madrasah ini cari kau sampai dapat.”
“Kenyataan dia telah mendatangkan ketakutan dan kebimbangan awam dan diri saya, rata-rata pengikut TikTok beri komen kenyataan itu satu ugutan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Berita berkaitan: Ramai mangsa dera ala ‘militan’ tampil kongsi pengalaman
Menurut laporan Kaka, pada 29 September 2022, seorang presiden pertubuhan telah membuat amaran terbuka kepadanya di hadapan pengamal media dengan kenyataan, “Kaka dalam perhatian sekarang, kumpul budak-budak bermasalah, budak-budak saya yang lari pun dia viralkan”.
“Ia berikutan penampilan saya membantu mangsa-mangsa penderaan.”
“Jika mereka katakan mereka adalah tentera Allah, tetapi tidak mengapa kerana saya hanya hamba Allah dan jika mereka rasa mereka lebih besar, mereka lupa dengan saya ada lagi lebih besar, saya ada Allah.
“Dan jika tak nampak lagi live saya selepas ini, ataupun kandungan saya selepas ini, saya rasa korang semua sudah tahu, apa yang berlaku terhadap saya.
“Apapun doakan untuk saya, dan doakan saya tetap teruskan perjuangan saya untuk kebenaran,” katanya.