KUALA LUMPUR: Aktivis masyarakat, Abdul Hadi Mohd Ali menggesa pihak berkuasa menghentikan operasi pusat agama yang menggunakan nama Islam tetapi melakukan perkara menyebabkan Islam itu dipandang hina.
Berita berkaitan: Madrasah dera pelajar ala militan tidak berdaftar, tidak diiktiraf AADK
Abdul Hadi memberitahu isu jenayah penderaan fizikal dan mental membabitkan institusi begini atas nama tahfiz, maahad, madrasah bukan perkara asing dalam masyarakat.
“Hampir setiap masa kita dengar atau baca perlakuan bertentangan berlaku di premis berkenaan walaupun mereka cuba menyembunyikan perkara itu daripada umum.
“Ia menjadi barah yang jika tidak dirawat boleh membinasakan generasi masa depan negara, apa yang berlaku di madrasah dera pelajar ala militan itu adalah isu kepentingan awam. Disiasat tidak berdaftar, anehnya kenapa ia boleh tumbuh melata bertahun-tahun. Apabila berkuasa tutup mata ke?
“Sedangkan Islam mengutamakan pencegahan, selamatkan terlebih dahulu ratusan penghuni yang lain, saya gesa madrasah ini ditutup,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Berita berkaitan: Madrasah dera pelajar ala militan tidak berdaftar, tidak diiktiraf AADK
Beliau mengulas mengenai isu seorang pemuda menyangkakan madrasah dikatakan sebuah pusat pemulihan namun, ibarat neraka sehingga hampir meragut nyawa selepas melalui pengalaman ngeri selama empat bulan.
“Apakah tujuan sebenar institusi ini wujud? Apakah institusi sedia ada diwujudkan oleh pihak kerajaan tidak mencukupi atau tidak diperlukan lagi? Kenapa perkara penderaan ini terjadi sedangkan institusi yg berteraskan agama sepatutnya berteraskan al-Quran dan sunnah mendidik secara berhikmah?” katanya.
Berita berkaitan: Madrasah dera pelajar ala militan tidak berdaftar, tidak diiktiraf AADK
Sementara itu, beliau juga mencadangkan kaedah atau pendekatan yang lebih rasional bagi menangani segera isu ini secara berkesan.
“Sudah tiba masanya pihak penguatkuasaan membanteras institusi, madrasah, pondok, pusat perlindungan, pusat jagaan dan berkaitan menggunakan nama agama.
“Kakitangan institusi berdaftar juga haruslah menjalani saringan kesihatan mental dan tapisan keselamatan seperti sejarah lampau jika ada rekod jenayah sebelum diterima bekerja, dan dirujuk kepada pihak berkuasa dipertanggungjawabkan untuk rujukan dan pemantauan,” katanya.