HomeGaya HidupJubah Bidadari Syurga untuk wanita bersaiz besar

Jubah Bidadari Syurga untuk wanita bersaiz besar

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Bagi wanita berbadan besar, selain saiz, jenis fabrik jubah turut diambil kira bagi memberi keselesaan dan gaya sepanjang hari.

Namun jangan pening dan risau kerana koleksi terbaharu jubah Bidadari Syurga Trading (Bidadari Syurga) dicipta khas untuk wanita yang bersaiz besar.

Pengasas syarikat, Datuk Nooraini Kamaruddin berkata, beliau mahu melengkapi pasaran jualan jubah bagi memenuhi keperluan daripada kumpulan pelanggan bersaiz besar malah dijual pada harga mampu milik.

Kata beliau, kain berkualiti tinggi dengan menggunakan fabrik creepe itu sangat bersesuaian digunakan oleh wanita untuk pakaian harian kerana ia lembut dan sejuk serta tidak perlu digosok.

Menurutnya lagi, jubah yang dijual pada harga serendah RM49.90 itu turut mesra Muslimah dan juga mesra solat.

“Kami mengunjurkan jualan untuk jubah dan khimar yang dilancarkan boleh mencecah kepda 1,000 pasang sebulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jubah dan khimar Bidadari Syurga diinspirasikan oleh Noura Kay Fashion.

Noura Kay Fashion adalah salah satu cabang kumpulan perniagaan di bawah Bidadari Syurga selain disokong oleh beberapa segmen perniagaan berkaitan kosmetik, produk wangian dan juga produk penjagaan kecantikan.

Sementara itu, Nooraini menjelaskan, fesyen jubah yang dihasilkan daripada ideanya sendiri telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pengedarnya di seluruh negara.

“Koleksi terbaharu ini memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita memlilih pelbagai jubah yang ditawarkan dalam saiz besar kerana agak sukar bagi kumpulan tersebut untuk berfesyen.

“Khimar juga tersedia untuk memenuhi keperluan tersebut dan koleksi yang mudah dipakai itu menawarkan empat warna menarik serta kualiti kain yang dibuat daripada fabrik heavy chiffon yang tidak panas serta tidak jarang,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor