HomeTeknologiKKR mahu teknologi 'kalis' cuaca ekstrem

KKR mahu teknologi ‘kalis’ cuaca ekstrem

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu teknologi kejuruteraan jalan raya yang tahan cuaca ekstrem.

Demikian harapannya terhadap para pengamal jurutera, para akademik dan penyelidik dalam mengetengahkan idea dan teknologi baharu untuk segala berkait jalan raya.

“Di zaman cuaca ekstrem dengan hujan lebat banjir besar dan pelbagai perkara yang memerlukan para jurutera memikirkan kaedah dan memastikan kemampanan ketahanan semua struktur infra supaya boleh bertahan.

“Kita berada dalam cuaca hujan lebat yang menyebabkan cat jalan tidak setahan negara lain.

“Kita mahu ada inovasi tanda jalan yang tahan lama, boleh reflektif boleh nampak lebih jelas, ini benda baru yang boleh diketengahkan,” katanya selepas pra pelancaran Persidangan Jalan Malaysia atau ’11th Malaysian Road Conference And Exhibition 2022 and 4th International Road Federation Asia- Pacific Regional Congress’ yang bertemakan ‘Towards Resilient Road Infrastructure’.

Program ini akan diadakan pada 11 hingga 13 Oktober depan di WTC dihadiri oleh pengamal akademik, jurutera dan pelajar bidang berkaitan dalam berkongsi idea dan teknologi terbaharu untuk membangunkan jalan raya di negara ini.

Tambah Fadillah, tema tahun ini adalah mendepani cabaran mendatang hujan besar bawa keruntuhan.

“Program ini amat baik bukan sahaja pengamal kejuruteraan tetapi juga para akademik termasuk pelajar kejuruteraan. Mereka akan mendapat perkongsian dari segi pembentangan dan pameran.

“Antara yang akan dipamerkan adalah kaedah baharu dalam membina, menyelenggara jalan dan sebagainya.

“Termasuklah teknologi dan khususnya di pihak univesiti, para penyelidik jika ada sistem baharu, teknologi baharu yang mereka mahu pamerkan inilah peluang kemungkinan ada yang menarik minat industri baharu,” katanya.

Untuk rekod, pada awal tahun 2022, Malaysia dikejutkan dengan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Bencana itu mengakibatkan 48 kematian dan 70,000 penduduk telah terjejas.

Kerosakan akibat banjir tersebut dianggarkan berjumlah RM6.1 bilion dengan RM0.9 bilion daripadanya membabitkan infrasktutur jalan.

Di Malaysia, pihak KKR perlu menyelanggara jalan Persekutuan dan jalan Negeri sepanjang 254,000 kilometer dengan peruntukan amat terhad.

Keadaan ini mencabar sekali, terutama terdapatnya kenderaan yang membawa lebihan muatan, struktur jalan uzur, backlog dari segi penyenggaraan jalan dan juga bencana alam.

Author

Pilihan Editor