HomeGaya HidupNak 'make up' kereta seperti Iron Man pun boleh - Sham Bodykit

Nak ‘make up’ kereta seperti Iron Man pun boleh – Sham Bodykit

BATU CAVES: Setiap pemilik kenderaan pastinya mahu kereta mereka menjadi perhatian dan lebih menonjol apabila meluncur di jalan raya.

Pasti ada rasa bangga apabila ada yang dua kali memandang kereta kita dan memuji “wah dahsyatnya kereta hangpa canggih sungguh”.

Baru-baru ini tular sebuah kereta Proton Inspira berubah wajah menjadi kereta sama seperti Holden Commodore VXR dan Subaru WRX STI buatan luar negara.

Namun ramai tidak tahu ‘tangan manakah’ yang mengubah wajah kenderaan itu secara keseluruhan.

Pereka kereta yang popular di kalangan pemilik kereta adalah Noorisham Mohd Noor, pemilik kedai pembekal bodykit dan pereka kereta Sham Bodykit yang terletak di Taman Samudera 3, Batu Caves.

Pemilik Sham Bodykit, Noorisham Mohd Nor

Ibarat tukang masak, Noorisham yang lebih dikenali sebagai Sham berkata, tugas pentingnya adalah mereka bentuk kereta mengikut kehendak pelanggan.

“Nak ubah dengan inspirasi seperti Iron Man pun boleh, semua aksesori dan bahagian kereta ditempah khas nampak lebih menarik.

“Kami pastikan padanan warna dan bodykit yang direka khas sesuai agar ia nampak ada aura dan jika berada di atas jalan itu mesti dua kali tengok la.

“Sebenarnya reka bentuk saya buat ini mengikut bajet pelanggan, jika mereka mampu RM1,000 kita buat juga,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Majlis Pembukaan Kedai Pameran Body Kit Sham Bodykit di Taman Samudera 3 Batu Caves pada Ahad.

Pembukaan Showroom baru anjuran Sham Bodykit

Yang turut memeriahkan majlis adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Datuk Afdlin Shauki, Nabil Raja Lawak, Datuk Fizz Fairus dan lain-lain.

Dalam pada itu, Sham ketika ditanya mengenai implikasi undang-undang, katanya tepuk dada tanya selera.

“Seperti nak cepat cantik nak putih kena tanggung implikasinya sama ada di tempat bertauliah atau tidak.

“Begitu juga kereta, nak cantik tapi mungkin kena hadapi implikasinya.

“Namun reka bentuk kami selamat, kami selalu buat penyelidikan,” katanya.

Body Shamkit membekalkan body kit untuk kenderaan, mereka bentuk kereta mengikut permintaan, barang ‘half cut’, spa kereta, sistem audio dan lain-lain.

Pelbagai kereta pacuan empat roda dengan reka bentuk unik dan menarik turut dipamerkan pada majlis berkenaan.

Siti Nurhaliza pada pembukaan Showroom baru anjuran Sham Bodykit

Author

Pilihan Editor