LEMBAH SUBANG: Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Shukor menegur Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang lepas tangan selepas padang rosak akibat program yang dianjurnya.
Pemimpin PKR itu dikatakan bersama rakyat dalam program zumba pada 21 Ogos lalu bertempat di padang PPR Lembah Subang 1.
Keadaan padang itu amat teruk dengan semua lantai gelanggang badminton turut tertangal.
Amin kemudian turun sendiri ke lokasi selepas menerima aduan dari Persatuan Penduduk Lembah Subang 1 ekoran sikap lepas tangan pihak penganjur.
“Program ini dianjurkan Maria Chin, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar dan Ahli Majlis Zon 4, Anwar Nekhan serta pasukannya.
“Padang ini adalah satu-satunya tempat rekreasi penduduk khususnya anak-anak muda setempat menjalankan aktiviti mereka.
“Seharusnya YB Maria Chin lebih prihatin terhadap isu ini, bukannya lepas tangan sehabis sahaja perlaksanaan program tersebut,” katanya ketika menghubungi MEDIA VARIASI.
Tambah Amin, dia amat yakin penduduk tidak menolak sama sekali kebaikan berprogram walaupun ada juga sebahagian perlaksanaan terhadap program-program ini yang tidak memberi ruang keterlibatan penduduk setempat.
“Sikap lepas tangan dan ‘tolak-menolak’ lepas tangan dari bertanggungjawab baik telah memangsakan kebajikan dan hak rakyat.
“Nasihat saya, jika tidak mampu lagi untuk menjaga kebajikan rakyat sila berhenti menjadi wakil kepada rakyat,” katanya.