HomeSukanToni Kroos pula terkejut penghijrahan Casemiro ke Red Devils

Toni Kroos pula terkejut penghijrahan Casemiro ke Red Devils

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

SEPERTI diketahui umum Casemiro telah mengakhiri kariernya bersama Real Madrid dengan menyertai Manchester United. Begitupun, tonggak tengah Madrid, Toni Kroos mengakui terkejut dengan keputusan Casemiro.

Pemain bola sepak asal Brazil itu disambar Manchester United dengan nilai perpindahan £70 juta.

Casemiro meninggalkan Madrid selepas sembilan tahun yang gemilang dengan pencapaian hebat termasuk memenangi tiga gelaran La Liga dan lima Liga Juara-Juara.

Apa yang menghairankan apabila Casemiro memilih The Red Devils yang hanya bermain di Liga Europa musim ini dan sedang bergelut di saingan liga domestik.

“Keputusannya mengejutkan. Dia telah membuat keputusan untuk dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu yang baru.

“Dia sudah berusia 30 tahun, pastinya dia lebih tahu tidak perlu melakukannya dalam dua atau tiga tahun. Ketika itu semakin banyak khabar angin dan kembali bertiup kencang.

“Pada awalnya, saya sama sekali tidak mempercayainya. Mungkin spekulasi tapi ada satu atau dua surat khabar di sini yang tahu info,” kata pemenang juara Piala Dunia 2014 itu.

Casemiro dijangka membarisi kesebelasan utama Manchester United buat julung kali dalam perlawanan bertemu Leicester City di Stadium King Power awal pagi Jumaat.

Author

Pilihan Editor