HomeBeritaWarga emas lumpuh diusung ke Public Bank hanya untuk 'renew' kad

Warga emas lumpuh diusung ke Public Bank hanya untuk ‘renew’ kad

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik akaun TikTok berkongsi momen sedih apabila terpaksa menyewa ambulans untuk membawa ibunya yang lumpuh ke cawangan Public Bank di Gurun, Kedah.

Difahamkan pemilik akaun NurHatini terpaksa berbuat demikian kerana pihak bank memerlukan pemilik akaun sendiri hadir ke cawangan mereka walau apa jua keadaan pun.

Jelas NurHatini, akaun ibunya tidak boleh mengeluarkan wang tanpa sebarang alasan namun apabila dia menghubungi pihak bank, NurHatini diminta berjumpa dengan pengurus bank cawangan tersebut.

“Dari kad bank itu mak saya terima pencen dan dari duit itu kami guna untuk belanjakan pampers serta keperluan ibu sejak dia bedridden.

“Pencen arwah abah tak banyak cuma boleh bantu untuk beli keperluan mak, bila jadi macam ini agak terkilan,” tulisnya di ruangan komen.

Pemilik akaun KakMunah1979 pula menjelaskan perkara itu tidak berlaku di Bank Agro.

“Saya bawa abah dalam kereta, pegawai bank yang datang sampai tempat letak kereta untuk urusan renew kad. Tq Agro Bank Bantura Pahang,” tulisnya.

Seorang lagi pemilik akaun MyBliese berkata, amalan biasa bank CIMB dan BSN pula, pesakit tak perlu masuk hanya tunggu dalam kenderaan.

Manakala Maybank pula lebih mudah, hanya perlu mohon secara dalam talian dan kad akan dihantar ke rumah.

Author

Pilihan Editor