HomeGaya Hidup51 tahun Mi MAGGI kuat di hati rakyat Malaysia

51 tahun Mi MAGGI kuat di hati rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Mi MAGGI meraikan 51 tahun sejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen tahunannya ‘MAGGI Sah Malaysia!’ yang dianjurkan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 serta Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini.

Melalui kempen ‘MAGGI Sah Malaysia!’, MAGGI mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaannya kepada beberapa peniaga yang telah menghasilkan resipi makanan tular mereka dengan penggunan produk Mi MAGGI.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (M) Berhad, Juan Aranols dalam ucapannya pada acara hari ini juga mengetengahkan budaya makan Malaysia yang berunsurkan produk MAGGI di kedai-kedai makanan yang boleh didapati pada bila-bila masa.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestle (M) Berhad, Geetha Balakrishna pula berkata budaya ini adalah salah satu keunikan rakyat Malaysia.

“Ini sememangnya satu keunikan Malaysia, kami boleh makan di mana-mana pada bila-bila masa dari pagi, petang sampai tengah malam, kami rakyat Malaysia memang penggemar makanan MAGGI, lagi-lagi Mi MAGGI.

“Jadi untuk kempen ‘MAGGI Sah Malaysia!’, kami ingin meraikan detik-detik rakyat Malaysia bersama MAGGI bukan sahaja di rumah tetapi juga di kedai makanan terutamanya restoran, warung dan gerai-gerai.

“Satu penghargaan besar bukan sahaja untuk para pengguna tetapi juga untuk pengendali makanan produk kami, terima kasih banyak,” kata Geetha.

Dalam acara sama, MAGGI turut menyampaikan plak penghargaan ‘SAH Malaysia’ kepada 12 usahawan makanan yang terlibat mempromosikan Mi MAGGI dengan resepi viral mereka dalam rancangan ‘Kembara Duniaku’.

Juan dalam ucapannya, meyakinkan orang ramai bahawa kesemua resepi viral 12 usahawan dalam ‘Kembara Duniaku’ ini sangat sedap.

“Ya, ciptaan MAGGI ni memang cemerlang, kreatif, saya sudah rasa, sangat sedap,” katanya.

Geetha pula berharap ramai lagi yang akan dapat menyaksikan rancangan tersebut.

“Saya berharap semua berpeluang untuk menonton rancangan ‘Kembara Duniaku’ bersama MAGGI, bersama Sheila Rusly, Datin Paduka Eina Azman dan MK K-Clique mencari Mi MAGGI yang paling viral dari Pulau Pinang sampai lah ke Johor, dari Pantai Timur sampai ke Sabah,” ujarnya teruja.

MAGGI juga menyampaikan plak perhargaanya kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai mengiktiraf sumbangan dan usaha mereka.

PRESMA dan PRIMAS telah mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia dalam norma baharu dan atas sokongan lama mereka untuk MAGGI oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 usahawan di PRESMA dan PRIMAS masing-masing.

Author

Pilihan Editor