HomeBeritaBajet 2023 hanya 'gula-gula', bagaimana rakyat nak pandang serius kerajaan?

Bajet 2023 hanya ‘gula-gula’, bagaimana rakyat nak pandang serius kerajaan?

KUALA LUMPUR: Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Bajet 2023 yang dibentangkan baru-baru ini hanyalah sebagai ‘gula-gula’ kepada rakyat sahaja.

Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian ketika mengulas mengenai belanjawan itu dalam sidang media bagi program Sidang MUDA 2022 di ‘The Vertical Connexion Conference and Event Centre’, pada Sabtu.

Menurut beliau, ini adalah susulan wujudnya khabar angin mengenai Parlimen akan dibubarkan sebelum sempat belanjawan itu dibahaskan dan diluluskan.

“Jikalau pembentangan belanjawan itu dibuat sekadar untuk memberikan bajet Pilihan Raya Umum (PRU), ‘gula-gula’, selepas itu terus Parlimen dibubarkan, bagaimana rakyat nak melihat belanjawan ini sebagai belanjawan yang serius?

“Kerana sebelum pembentangan belanjawan sudah ada ura-ura Parlimen dibubarkan, berkali-kali, didesak oleh presiden dan pimpinan keseluruhan UMNO.

“Selepas pembentangan itu, orang kata, (bajet) itu tidak akan diundi, akan dibubarkan selepas itu, jadi sudah dapat ‘gula-gula’ ini, belum dapat lagi pun terus bubar, bagaimana rakyat nak memandang serius terhadap kerajaan?” ujar Syed Saddiq.

Author

Pilihan Editor