HomeBeritaBN Ranau sedia hadapi PRU15

BN Ranau sedia hadapi PRU15

KUALA LUMPUR: BN Ranau kini sudah memasuki fasa terakhir dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ranau, Vennex Jasmin memaklumkan, BN Ranau kini sedia untuk bertempur pada PRU15 dengan kursus telah dijalankan secara berterusan kepada semua ahli-ahli jentera pilihan raya.

“Kepimpinan parti BN bahagian Ranau sudah bersiap sedia menghadapi PRU15 dengan pelbagai kursus telah kita laksanakan kepada semua jentera pilihan raya,” ujarnya kepada MEDIA VARIASI.

Tambahnya, BN Ranau kini juga giat mendekati pengundi dengan melaksanakan pelbagai program serta aktiviti bersama masyarakat setempat sebagai strategi berdepan PRU15 serta mendapat maklum balas baik dari pengundi.

“Seperti kebiasaan, BN Ranau mendekati pemimpin dan pengundi muda. Aktiviti-aktiviti, program-program belia. Kami mengadakan program di setiap pusat daerah mengundi.

“Maklum balas sokongan rakyat terhadap BN Ranau. Kami sudah bersedia hadapi PRU15 menentang lawan kami, hanya BN sahaja yang boleh selesaikan masalah rakyat,” jelasnya.

Terdahulu, MEDIA VARIASI melaporkan timbul desas-desus kuat, Ketua Pemuda Bahagian UMNO Ranau dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Ranau.

Author

Pilihan Editor