HomeBeritaCabutan BSN: Warga emas menangi kereta BMW RM250,000

Cabutan BSN: Warga emas menangi kereta BMW RM250,000

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas memenangi kereta BMW bernilai RM250,000 menerusi Cabutan Bulanan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) 2022.

Zaharah Miro Shamsudin, 76, merupakan seorang daripada keseluruhan empat pemenang untuk cabutan bulanan bagi Februari, April, Jun dan Ogos teruja apabila diumumkan pemenang.

Wanita yang mempunyai lima anak, 12 cucu dan dua cicit itu membawa pulang sebuah kereta BMW 320-i M Sport Runout Edition berharga RM250,000.

Dia menyimpan secara konsisten dalam Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah berkata, BSN SSP sudah memiliki kira-kira 4.5 juta penyimpan dengan nilai simpanan sebanyak RM4.8 bilion sehingga September lalu.

“RM26 juta hadiah telah dimenangi, 80 juta usahawan telah dilahirkan.

“Tempoh kempen adalah antara 1 Januari hingga 31 Disember ini.

“Selain Zaharah, turut memenangi hadiah sama adalah seorang penyelia kilang dari Kedah, Amir Hashim, 56; pesara dari Selangor, Saiful Azhar Mohd. Said, 63; dan pesara guru dari Sarawak, Kueh Siaw Eng, 59,” katanya.

Pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP, boleh berbuat demikian menerusi kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan internet myBSN atau saluran Ejen Bank BSN (EB BSN).

Bagi pelanggan baharu pula, pembelian BSN SSP boleh dibuat melalui kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.

Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN: www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

 

Author

Pilihan Editor