HomeHiburanCaprice sindir keselamatan anak tak penting, jaga aib lagi penting

Caprice sindir keselamatan anak tak penting, jaga aib lagi penting

KUALA LUMPUR: Negara semakin panas dengan pembongkaran satu persatu golongan yang menggelarkan individu sebagai agamawan.

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, antara selebriti paling lantang bersuara ketika ini menyuarakan isu ini, namun mahu masyarakat sedar bahawa isu sebenar berlaku semakin parah dengan sikap berdiam diri.

Beliau menyindir pihak yang mengutamakan aib berbanding pendedahan perbuatan jenayah kepada umum.

“Saya bimbang jika isu sebegini disenyapkan, lebih ramai lagi mangsa dari generasi akan datang akan terjebak tanpa pengetahuan.

“Ini membabitkan golongan pemangsa bernafsu songsang terhadap kanak-kanak menggunakan gelaran ustaz, dipercayai mengaburi perbuatan jenayah.

“Hanya di Malaysia kalau nak jadi a gay child predator, hang kena jadi seorang ustaz dulu baru 60 peratus rakyat Malaysia akan sokong.

“Kalau sesiapa cuba bongkar seorang ustaz gay child predator demi keselamatan budak-budak sekolah, 60 peratus rakyat Malaysia akan panggil benda itu ‘aib’ dan harus disenyapkan di ruang public.”

“Biar kes mahkamah jalan. Kalau ikut timing (pengurusan kes jenayah) Malaysia, maybe dua hingga tiga tahun baru settle. Itu pun kalau bukti kukuh. Dalam masa dua tiga tahun itu (pemangsa) boleh tambah lagi 10 ke 20 mangsa baru.

“Sebab keselamatan anak kita kat sekolah tak penting, aib lagi penting,” katanya.

Caprice kini seperti dilihat sudah lali dengan kecaman netizen termasuk beberapa orang ternama yang dikesan turut meninggalkan komen berbaur sindiran.

Beliau juga masih boleh memaafkan mereka dan berharap golongan yang mengecamnya akan faham dengan tujuannya membuat pendedahan itu untuk menyedarkan orang ramai betapa bahayanya pemangsa kanak-kanak.

“Yang kecam Cap dua tiga hari ni, insyaAllah apabila korang sedar how dangerous a gay child predator is. Korang tak perlu cari aku dan minta maaf, Cap halalkan kebodohan korang,” katanya.

Sebelum ini, Caprice dilaporkan dia telah dihubungi oleh seorang remaja lelaki dikenali sebagai Din, dari Perak yang mendakwa dirinya diganggu oleh seorang lelaki bergelar ustaz.

“Mangsa datang dari Perak berjumpa dengan Caprice depan-depan dan kongsi pengalaman serta tunjuk phone dia,” katanya.

Berdasarkan video yang dikongsikan, suspek bertanya kepada Din sama ada remaja itu merindui dan menyayanginya sebelum mendedahkan dirinya seorang yang kuat merajuk dan manja.

“Din rindu ustaz? Sayang ustaz? Ustaz tak nak Din sayang ustaz sebab ilmu ke apa. Tapi sayangilah ustaz dan kekurangan yang ada.

“Ustaz ni jenis kuat merajuk, manja. Ustaz jauhkan diri sebenarnya dari Din. Takut Din tak selesa.

“…one day, ustaz nak pinjam lengan Din untuk luahkan apa yang ustaz nak luah. Jadi bantal aku tidur.

“Ustaz ingat Din menyampah dengan ustaz… Tapi Din tak pernah kiss ustaz pun? Din, dalam hidup ni, ustaz nak cari orang yang betul sayang dan caring (tentang) ustaz.

“Din jangan mainkan perasaan ustaz dengan send foto lama. Nanti ustaz berharap,” kata suspek ketika berbual dengan mangsa di aplikasi WhatsApp.

Author

Pilihan Editor