HomeBeritaViralDBP tawar gaji RM1,600, OT tanpa bayaran undang perdebatan di media sosial

DBP tawar gaji RM1,600, OT tanpa bayaran undang perdebatan di media sosial

CYBERJAYA: Iklan jawatan kosong berstatus kontrak di bawah program Personel MySTEP oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tular di media sosial.

Apa yang menarik perhatian netizen di media sosial adalah jawatan tersebut menawar gaji bulanan sebanyak RM1,600 dengan syarat sekiranya dilantik adalah ‘sanggup bekerja lebih masa tanpa bayaran lebih masa’.

“Iklan temu duga terbuka jawatan kontrak (Personel MySTEP) di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tarikh 18 Oktober, hari Selasa.

“Calon-calon yang berkelayakan dijemput hadir untuk temu duga jawatan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook DBP.

Rata-rata pengguna media sosial mempertikaikan syarat perlu bekerja lebih masa tanpa bayaran ditetapkan DBP serta terdapat pengguna mempertahankan iklan kerja kosong DBP menyatakan jawatan yang berada di bawah program MyStep itu adalah dibayar melalui elaun tanpa OT dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Mahu kerah kudrat orang dengan suruh bekerja lebih masa, suruh orang kerja lebih masa secara percuma. Pemikiran macam ini sampai bila tidak akan maju,” ujar Hafizal Harun.

“Iklan jawatan kosong ini cara pekerja ke atau hamba?,” soal Luqfi Nulhakim.

“Program MyStep ini tidak disediakan bayaran OT kerana dikira sebagai skim latihan. Gaji yang diberi adalah elaun dan tiada penolakan EPF. Betulkan saya sekiranya silap,” jelas Nubaili Amaluddin.

Author

Pilihan Editor