STEVEN GERRARD menjadi pengurus keempat setelah dipecat Aston Villa dalam tugasnya pada kempen Liga Perdana Inggeris 2022/2023.
Pengumuman pemecatan itu dibuat melalui laman sesawang rasmi kelab tersebut berikutan prestasi hambar yang ditunjukkan oleh Villa pada musim ini.
Di bawah kendalian Gerrard musim ini, Aston Villa hanya sekadar meraih dua kemenangan dan tiga keputusan seri dengan mengumpul sembilan mata serta menghuni tangga ke-17 dalam liga yang mengheret bergelut melepasi zon penyingkiran dengan memiliki berkelebihan defisit jaringan berbanding Wolves.
Perlawanan terakhir Gerrard yang membawa keputusan drastik terpaksa diambil pengurusan tertinggi Aston Villa apabila tewas 0-3 bertemu Fulham di Craven Cottage pada awal pagi tadi.
Ia merupakan kekalahan keenam dalam EPL musim ini, pemecatan Gerrard dibuat ekoran prestasi hambar dipamerkan barisan pemain The Villa selepas mengharungi 11 perlawanan.
Terdahulu, Scott Parker menjadi pengurus pertama dipecat dari Bournemouth, diikuti Thomas Tuchel oleh Chelsea serta Bruno Lage menjadi pengurus ketiga dibuang tugasnya sebagai pengurus oleh Wolves.