HomeBeritaPolitikKedudukan enam negeri tidak bubar DUN bakal tergugat - Penganalisis

Kedudukan enam negeri tidak bubar DUN bakal tergugat – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Kedudukan enam negeri yang tidak membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga hujung tahun ini bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal tergugat.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr Azmi Hassan berpendapat, ini kerana berdasarkan rekod Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor
kerajaan Persekutuan memiliki kelebihan ketika PRN jika tiga negeri Pakatan Harapan (PH) dan tiga negeri PAS tidak dibubar.

“Katakanlah Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan, maka jikalau PRN diadakan dengan Kerajaan Persekutuan adalah BN, maka keenam negeri akan tergugat.

“Dan juga besar kemungkinan pengundi atas pagar di keenam-enam negeri akan memilih Kerajaan Persekutuan walaupun mereka undi untuk kerajaan negeri.

“Itu sebabnya bahaya jika tidak dilakukan PRU serentak, kerana kita sudah biasa sangat PRN dan PRU secara serentak.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, jika tidak dibubarkan DUN, sebenarnya itu adalah hak pihak lawan.

Salawati Mat Basir

“Bagaimanapun jika tidak dibubar DUN, susah untuk pihak sedia ada mendapat keputusan majoriti.

“Sepatutnya semua sekali bubar, satu Malaysia adakan PRU baru kita dapat satu keputusan kerajaan yang mantap.

“Jika macam ini jadi beruncit-runcit membabitkan kos yang banyak. Sebenarnya tidak menyalahi mana-mana peraturan waktu dibenarkan.

“Tetapi perlu diingatkan rakyat tidak suka apabila situasi menyusahkan mereka yang akhirnya menjadi punca peratusan keluar mengundi yang rendah ketika PRN,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor