HomeHiburanKenyataan A Aida 'bakat boleh asah, paling penting wajah cantik, kacak' terima...

Kenyataan A Aida ‘bakat boleh asah, paling penting wajah cantik, kacak’ terima kritikan bertalu-talu

KENYATAAN penerbit terkenal, Datuk A Aida sekali lagi menimbulkan perdebatan netizen mengenai mencari pelakon baharu yang mempunyai rupa cantik dan kacak mengatasi bakatnya.

Untuk rekod, A Aida berkata kepada mStar bahawa dia sedang mencari bakal hero dan heroin menerusi sesi uji bakat dalam program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia.

Katanya, dia mahukan bakat baharu berwajah kacak dan cantik, manakala bakat mereka itu boleh diasah.

Kenyataan tersebut dikritik pelakon, Megat Adli di Twitternya pada Sabtu, yang mempersoalkan mengenai masa depan industri seni Malaysia jika berterusan memilih kualiti seperti itu.

“Jika kita boleh membuang mentaliti ini bahawa ‘bakat tidak penting dan boleh diajar tetapi penampilan adalah segala-galanya’ dan gantikannya dengan ‘saya sedang mencari orang yang berbakat yang sesuai dengan watak itu secara semula jadi’.

“Kita boleh memajukan industri ini beberapa dekad ke hadapan. Dan anda tertanya-tanya mengapa bakat-bakat di Malaysia tidak kira apa bidang pun yang lari dari sini.

“Bagi mereka yang berkata, itu perniagaan industri seni, kita perlu menerimanya, untuk membuat wang. Namakan saya satu filem di mana pelakonnya tidak boleh berlakon dan dibayar melalui pemikiran seperti ini yang menghasilkan jutaan keuntungan. Hanya satu. Saya akan tunggu,” ujar Megat Adli.

https://twitter.com/TheFunSizeGuy/status/1583798155891871745?s=20&t=U35XXXovPk7JybNDxPcDtg

Perkongsian Megat Adli itu turut mendapat perhatian beberapa pemain industri seni, seperti pelakon, Susan Lankester.

“Anda tidak boleh ‘mengajar’ seseorang untuk menjadi pelakon sejati, Aida. Bakat itu ada dalam diri. Ia bukan tentang rupa,” kata Susan di Twitternya.

https://twitter.com/suelanks/status/1583848705332871168?s=20&t=U35XXXovPk7JybNDxPcDtg

Sementara itu, pelakon Amerul Affendi juga mempersoalkan keberanian A Aida berkata seperti itu.

“Kenapa dia berani bagi pandangan begini? Apa betul ramai akan tengok bila satu-satu cerita dibarisi pelakon yang cantik dan kacak? #TanyaPenontonKita,” kata Amerul.

Pengarah, Al Jafree Md Yusop pula mengkritik A Aida secara sarkastik memandangkan penerbit itu ialah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Salah seorang dari Ahli Lembaga Pengarah FINAS cakap ‘bakat boleh diasah, paling penting wajah cantik dan kacak’. Tahniah FINAS! Tidak sia-sia penubuhannya. 40 tahun yang berbaloi. Semakin maju!” katanya.

Netizen di Twitter juga tidak melepaskan peluang mengulas kenyataan A Aida itu.

“Buat apa panggil uji bakat kalau tak mahu tengok bakat. Panggil sahaja la uji rupa,” kata Dapoq pdot.

“Inilah sebabnya filem dan drama malaysia tiada di peringkat antarabangsa,” kata Orange lemonade.

https://twitter.com/orange_Iemonade/status/1583867546239111169?s=20&t=U35XXXovPk7JybNDxPcDtg

Author

Pilihan Editor