HomeBeritaKesesakan klinik kesihatan akibat kepadatan penduduk perlu diberi perhatian

Kesesakan klinik kesihatan akibat kepadatan penduduk perlu diberi perhatian

RAWANG: Kesesakan yang dihadapi Klinik Kesihatan Rawang yang padat penduduk perlu diberi perhatian menerusi langkah menaik taraf infrastruktur untuk memudahkan pergerakan penduduk yang ingin mendapat perkhidmatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Chua Wei Kiat berkata, sejumlah RM565,000 telah diperuntukkan bagi menaik taraf kawasan parkir di hadapan klinik kesihatan yang sebelum ini dipenuhi semak-samun namun masih tidak dapat menampung jumlah kepadatan penduduk yang semakin tinggi di sekitar kawasan.

“Satu projek telah siap sepenuhnya telah membekalkan tambahan parkir sebanyak 50 parkir dengan jumlah kos RM565,000. Naik taraf longkang, dan kawasan laluan masuk juga telah dibangunkan.

“Projek ini sedikit sebanyak sudah menyelesaikan isu tempatan namun masih belum cukup. Antara isu lain yang kritikal, kekurangan tempat parkir penjawat awam dalam klinik kesihatan serta ruangan yang kondusif untuk pelawat yang terdiri daripada penduduk Rawang,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di luar pekarangan Klinik Kesihatan Rawang, di sini, hari ini.

Kata Chua, antara isu lain yang mendapat perhatian beliau pada masa kini adalah penyediaan stesen bas dengan menawarkan perkhidmatan percuma seperi bas Selangorku khususnya membabitkan pesakit warga emas.

Selain itu, isu yang membabitkan di Klinik Kesihatan Rawang yang terdiri daripada ruangan parkir yang mencukupi buat penjawat awam dan sistem e-filing berada dalam perancangan ADUN Rawang itu untuk tindakan lanjut.

Author

Pilihan Editor