HomeBeritaMetMalaysia jangka hujan, ribut petir landa hampir seluruh negara sehingga Jumaat ini

MetMalaysia jangka hujan, ribut petir landa hampir seluruh negara sehingga Jumaat ini

CYBERJAYA: Hujan dan ribut petir diramal akan berlaku di kebanyakan negeri sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak mulai hari ini sehingga Jumaat.

Perkara itu dirujuk menerusi jadual ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hari ini.

Dalam jadual berkenaan, beberapa negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak diramal akan mengalami ribut petir serta hujan pagi ini.

Pada sebelah petang pula, cuaca sama diramal berlaku di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Putrajaya, Johor, Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Bagi waktu malam pula, ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Labuan manakala kebanyakan negeri diramal hujan membabitkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Putrajaya, Sarawak serta Sabah.

Pada keesokan hari, cuaca pada sebelah pagi di beberapa negeri diramal hujan merangkumi beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor termasuk Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun, cuaca sebelah petang diramal akan dilanda ribut petir membabitkan beberapa kawasan Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Cuaca pada waktu malam, MetMalaysia meramalkan ribut petir akan berlarutan di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Labuan. Kebanyakan negeri lain akan hujan tetapi hanya di beberapa tempat.

Pada Jumaat ini, ramalan menjangkakan sebelah pagi akan hujan di sebahagian besar negeri seluruh negara melibatkan beberapa lokasi di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri, Sembilan dan Sabah.

Petang pula, ribut petir akan kembali melanda beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Ribut petir dan hujan dijangka akan berlarutan sehingga malam membabitkan kebanyakan negeri.

Author

Pilihan Editor