HomeHiburanNetizen persoal gaya purdah Neelofa

Netizen persoal gaya purdah Neelofa

PEMAKAIAN purdah, niqab dan burqa terhadap wanita berfungsi untuk mengelakkan fitnah dunia yang mungkin terpesona melihat setiap inci ciptaan Allah.

Namun, netizen mula mempersoalkan keikhlasan pemilik nama Neelofa mengenakan pemakaian berkenaan apabila dilihat sekadar fesyen semata-mata.

Kain satin berkilat yang kadang-kadang menampakkan bentuk tubuhnya, berkasut tumit tinggi dan hiasan mata termasuk mengenakan lensa mata.

Menerusi video iklan terbaharunya, kelihatan ibu seorang anak itu mengenakan jubah yang menampakkan betis kaki dan kasut tumit tinggi.

Pelbagai komen bertebaran mempersoalkan kenapa Neelofa berpurdah dan berfesyen? Antara komen netizen:

Lurveseeker_ Macam mana dia boleh pakai kasut setinggi itu

fitrianisaandari Hmm sepatutnya tabaruj?

rozita_kadir_1511 pakai baju labuh, xpki nampak betis buat apa

Apa yang diharapkan netizen adalah artis kesayangan ramai itu menjadi diri sendiri dan tidak perlu bimbang dibenci jika mereka memilih diri mereka sendiri.

Author

Pilihan Editor