JOHOR BAHRU: Kebakaran dan letupan berlaku di salah satu paip penyambung di Kompleks Bersepadu Pegerang (PIC), dekat Kota Tinggi, pada jam 3.40 petang tadi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya lebih sejam kemudian.
PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC), dalam kenyataan, memaklumkan kebakaran itu berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) pada jam 4.50 petang tadi.
“Semua pihak berkuasa sudah dimaklumkan dan tiada kecederaan dilaporkan dan insiden berkenaan tidak memberi kesan atau ancaman kepada komuniti sekitar,” menurut PRPC.
Beberapa klip video insiden kebakaran itu tular di media sosial Facebook sejak beberapa jam lalu. – BERNAMA