HomeBeritaPolitikPBM sedia pakai baju dacing

PBM sedia pakai baju dacing

SRI RAMPAI: Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua PBM Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim berkata, kemungkinan 80 peratus calon PBM akan menggunakan logo BN nanti.

“PBM akan mengelakkan pertembungan, tetapi jangan terperanjat jika 80 peratus calon PBM pakai baju dacing.

“Titik persamaan BN dan PBM adalah kami menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk bersama dalam satu gagasan Keluarga Malaysia.

“Sinonim dengan matlamat PBM, nama parti pun bangsa Malaysia, pelbagai bangsa, agama, adat, budaya yang ada matlamat sama iaitu mencapai keharmonian dan kesejahteraan.

“PBM bertanding di enam Parlimen kelak manakala dua penyandang PBM sudah berada di DUN yang tidak bubar,” katanya kepada MEDIA VARIASI selepas menyerahkan sumbangan menjelang Deepavali kepada 60 komuniti India di sekitar Desa Rejang, Setapak.

Turut hadir, Biro Tugas-tugas Khas PBM, Datuk Sri Zulkifli Salleh.

Tambah Abdul Rahman, kawasan itu memiliki 12,000 pengundi yang majoritinya Melayu.

“Ketika ini PBM sedang mengumpulkan keahlian.

“Kami memiliki 156 bahagian di Malaysia dengan anggaran 200 ahli atau lebih kurang 50,000 ahli keseluruhan.

” Kita mahu tunjukkan kekuatan sebenarnya ada pada Keluarga Malaysia, kita tidak boleh bersendirian dalam suasana politik begitu meruncing,” katanya.

Author

Pilihan Editor