CYBERJAYA: Majlis Presiden PH sebulat suara mengesahkan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri di bawah pentadbiran PH.
Mereka berkata dalam kenyataan bersama yang dikongsi menerusi Facebooknya pada Sabtu, keputusan itu dibuat supaya kerajaan-kerajaan negeri PH dapat memberi tumpuan kepada masalah banjir.
“Kerajaan Negeri PH fokus bantu rakyat hadapi banjir. Tidak bubar DUN. Pertama, PH tolak kerakusan pemerintah memaksa pilihan raya kepada rakyat yang derita susah hadapi banjir.
“Kedua, Jentera kerajaan yang sah dan ada mandat sepatutnya diberi ruang tumpu persiapan tangani banjir serta bantu mangsa banjir dan bukan tumpu pilihan raya,” katanya.