HomeBeritaPolis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK

Polis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket menyalahgunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak 2013 dengan berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Berita berkaitan: Calon bebas guna NGO ‘kutip duit’ untuk Hi Tea bersama Ayob Khan?

Ia susulan penahanan dalang utamanya Ahad lalu yang disyaki terbabit menjual ‘meja’ Hi Tea Bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ayob Khan bagaimanapun, majlis yang tidak wujud.

Terdahulu, MEDIA VARIASI mendedahkan seorang lelaki yang dipercayai ingin menjadi calon bebas di Parlimen Kepong dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti didakwa menggunakan NGO mengutip duit orang ramai yang mahu bertemu Ayob Khan.

Yon Ann menunjukkan baju T dan topi memiliki logo PDRM yang boleh mengelirukan orang ramai

Maklumat itu dikongsi oleh seorang ahli perniagaan yang mendakwa bertindak sebagai ‘broker’ atau orang tengah untuk mendapatkan pembeli-pembeli meja bernilai RM5,000 bagi satu meja.

Berita berkaitan: Calon bebas guna NGO ‘kutip duit’ untuk Hi Tea bersama Ayob Khan?

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan bersama empat lagi lelaki lain berusia 32 hingga 57 tahun dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang pada 23 hingga 25 Oktober lalu.

“Hasil serbuan, polis merampas beberapa barangan yang dikaitkan dengan kes penipuan iaitu 19 kemeja-T, 15 topi, 143 pelekat kenderaan, 20 lambang kenderaan, tiga kad kuasa Biro Komuniti Cegah Jenayah, lima kad ahli kehormat, empat acuan cetakan dan lain-lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Berita berkaitan: Calon bebas guna NGO ‘kutip duit’ untuk Hi Tea bersama Ayob Khan?

Beliau berkata dua daripada mereka termasuk dalang direman tiga hari bermula Isnin lepas hingga semalam dan telah dibebaskan bersama tiga yang lain dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipelawa menyertai NGO tersebut oleh kedua-dua suspek untuk menjadi ahli kehormat Biro Komuniti Cegah Jenayah Malaysia dengan tawaran faedah menarik termasuk bayaran RM2,200 sebagai yuran keahlian.

“Mangsa terpedaya apabila tertarik dengan keistimewaan seandainya menyertai pertubuhan itu, mereka akan berjaya melepasi segala sekatan jalan raya oleh polis kerana di dalam kad keahlian itu terdapat tiga logo masing-masing PDRM, KDN dan AADK,” katanya.

Berita berkaitan: Calon bebas guna NGO ‘kutip duit’ untuk Hi Tea bersama Ayob Khan?

Beh berkata, semakan rekod jenayah mendapati dalang berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu menyamar sebagai penjawat awam.

“Sehingga kini terdapat lebih 500 ahli yang telah terpedaya menyertai pertubuhan tersebut dan empat mangsa telah tampil membuat laporan,” katanya.

Menurut Beh, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdayakan mangsa sehingga mengakibatkan kerugian, Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 kerana menjual dan membekal tanda atau lencana anggota pasukan polis dan Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 kerana memiliki lambang atau lencana tanpa kelulusan pendaftar.

Berita berkaitan: Calon bebas guna NGO ‘kutip duit’ untuk Hi Tea bersama Ayob Khan?

Author

Pilihan Editor