HomeBeritaPolitikSelangor penanda aras kekuatan PH - Dr Sathia

Selangor penanda aras kekuatan PH – Dr Sathia

ANTARA GAPI: Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) adalah penanda aras kekuatan pakatan itu berdasarkan menunjukkan rekod cemerlang sejak 2008.

Pengerusi PH Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajah berkata, rakyat menerima pentadbiran PH di Selangor sudah tiga penggal.

“Pada pendapat saya, tiada masalah untuk bubar kerana sudah terbukti rakyat terima PH di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

“Saya rasa pencapaian PH di Selangor sangat baik dengan Menteri Besar yang kita ada, saya boleh katakan rekod kami cukup cemerlang, tiada siapa boleh pertikai dan membuktikan tiada masalah untuk PRU.

“Tetapi masalahnya keadaan banjir yang kita hadapi, dua tiga hari PH bermesyuarat pertimbangkan hendak bubar atau tidak tetapi masalahnya kita bimbang banjir kerana babitkan keselamatan rakyat,” katanya kepada media selepas melancarkan Skuad Banjir Hulu Selangor di Antara Gapi di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad.

Tambah Timbalan Setiausaha Agung PKR itu menyatakan kebimbangannya jika berlaku kecemasan seperti banjir besar.

“Ketika ini kerajaan “care taker” yang urus tadbir, kita tidak tahu siapa bertanggungjawab jika ada banjir.

“Kenapa bubar awal? Ini sahaja cara hendak kenakan PH,” katanya.

Ketika ditanya adakah dengan tindakan tidak bubar DUN itu akan menyusahkan rakyat, beliau bagaimanapun yakin rakyat sudah matang.

“Tunaikan tanggungjawab satu untuk Parlimen, satu untuk DUN, mana-mana negeri tak bubar, rakyat sudah tahu perlu keluar dua kali mengundi.

“Jika dilihat keseluruhan, hanya enam negeri sahaja bubar,” katanya.

Author

Pilihan Editor