CYBERJAYA: Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, hari ini menafikan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertanding mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak Ahmad Zahid berhubung perkara tersebut.
“Saya tidak pernah dengar dan tiada kenyataan rasmi dari Presiden UMNO, saya anggap hanya propaganda politik,” katanya seperti dilapor UMNO Online hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak akan mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15.
Malahan, dilaporkan juga bahawa posisinya itu akan diganti oleh anaknya, Datuk Nurulhidayah dan pegawai terdekat.