HomeTeknologiTwitter sibuk, pengguna kongsi WhatsApp tergendala

Twitter sibuk, pengguna kongsi WhatsApp tergendala

CYBERJAYA: Perkhidmatan aplikasi WhatsApp mengalami gangguan pada hari ini sehingga menyebabkan perkongsian menerusi aplikasi itu tergendala.

Ramai yang berkongsi menerusi ciapan di Twitter mengadu berkenaan tergendalanya aplikasi itu.

Sebanyak 364,000 ciapan mengenai tergendalanya aplikasi WhatsApp.

Ramai pengguna Twitter menulis di Twitter mereka bertanyakan adakah ramai yang datang ke Twitter selepas WhatsApp tergendala.

“Anda datang ke sini untuk melihat sama ada Whatsapp tidak berfungsi?” kata 0xShane @BeLikeShane.

“Apabila WhatsApp anda dimainkan tetapi anda datang ke Twitter dan melihat bahawa orang lain mengalami masalah yang sama #WhatsAppDown,” kata Jamie @GingerPower.

“Bukan saya seorang sahaja yang membuka twitter untuk menyemak sama ada WhatsApp sedang down ketika itu,” kata joanne @JoannaJessie3

Wartawan MEDIA VARIASI turut mencuba untuk menggunakan WhatsApp dan terbukti pesanan yang dihantar menerusi aplikasi itu tidak dihantar dan tergendala.

[KEMASKINI] Setelah lebih kurang beberapa jam pengguna WhatsApp ‘menderita’ tidak dapat berkomunikasi dalam grup kegemaran mereka, akhirnya aplikasi pesanan itu kembali beroperasi sekitar jam 5 petang.

Author

Pilihan Editor