JARINGAN tunggal penyerang tengah, Hakan Calhanoglu memastikan Inter Milan meraih tiga mata penuh ke atas Barcelona dalam perlawanan ketiga Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Giuseppe Meazza, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Simone Inzahgi tampil aksi lebih garang di babak awal permainan dengan serangan melalui sepakan rembatan Hakan Calhanoglu pada minit ke tujuh ke gawang Barcelona.
Barcelona yang menguasai sebahagian permainan membalas semula melalui dua percubaan dari penyerang profilik mereka, Robert Lewandowski dan pertahanan Andreas Christinsen melalui tandukan namun berjaya diselamatkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana.
Inter Milan terus berusaha mencari gol dengan memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri hasil cubaan Joaquin Correa yang menerjah jaring namun dibatalkan jaringan disebabkan ofsaid.
Pemain sayap termahal Barcelona, Ousmane Dembele yang dikenali aksi lincahnya cuba merobek gawang pasukan lawan namun hanya melepasi tiang pintu gol.
Skuad Nerazzuri memiliki kelebihan menerusi jaringan penyerang tengahnya, Hakan Calhanoglu apabila percubaan rendahnya dari kawasan penalti mudah menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Ter Stegen.
Percubaan Dembele untuk mengikat kembali kedudukan dinafikan penjaga gol, Onana yang menafikan rembatan Dembele pada minit ke-61.
Kegembiraan Barcelona setelah berjaya menghasilkan jarinhan menerusi Pedri tidak berpanjangan setelah dibatalkan melalui Video Assistant Referee (VAR) yang kelihatan bola terkena tangan penyerang muda Barcelona, Ansu Fati.
Kemenangan Inter Milan membolehkan juara edisi 2009/2010 ketika di bawah bimbingan Jose Mourinho itu menduduki tangga kedua kumpulan C mengumpul enam mata di belakang pendahulu, Bayern Munich dengan sembilan mata.
Sementara itu, Barcelona pula berada di kedudukan ketiga dengan kutipan tiga mata manakala Viktoria Plzen kekal di tangga tercorot dengan tanpa mata ekoran mengalami kekalahan tiga perlawanan berturut-turut.