HomeBeritaUMNO mahu menang PRU15 demi selamatkan 'kluster mahkamah' - Mat Sabu

UMNO mahu menang PRU15 demi selamatkan ‘kluster mahkamah’ – Mat Sabu

 

CYBERJAYA: Jika UMNO memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sudah tentu mereka mempunyai kuasa untuk menukar Peguam Negara dan pendakwa raya bagi menyelamatkan ‘kluster mahkamah’.

Itulah yang diungkap oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang turut menyatakan PRU15 dilaksanakan secara terpaksa demi menyelamatkan pimpinan UMNO.

“Pilihan Raya Umum yang hendak dipaksakan kepada rakyat adalah kerana UMNO berada di dalam keadaan yang terdesak untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang menghadapi kes-kes rasuah di mahkamah.

“Malangnya, ada pula parti gabungan Perikatan Nasional (PN) yang datang untuk menyelamatkan UMNO.

“Politik yang mereka mainkan ini dengan memperjudikan nasib rakyat untuk kepentingan pemimpin dan parti mereka sahaja,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bahang PRU15 semakin terasa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan wakil 191 bahagian UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada Selasa.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pertemuan itu melibatkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian parti.

Author

Pilihan Editor