HomeBeritaUMNO Ranau terus berhubung dengan rakyat, selesai masalah setempat

UMNO Ranau terus berhubung dengan rakyat, selesai masalah setempat

CYBERJAYA: UMNO Ranau terus memberi fokus menyelesaikan isu-isu rakyat di kawasan Ranau dengan terus menjalin komunikasi bersama penduduk setempat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ranau, Vennex Jasmin berkata, beliau membawa pendekatan dengan konsep ‘turun padang’ bagi melihat sendiri isu-isu tempatan yang dihadapi rakyat Ranau serta berhubung melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook.

“Berbanding parti lawan, UMNO dan BN Ranau lebih menonjol dalam mendekati rakyat. Kita sentiasa turun padang meninjau masalah-masalah rakyat.

“Saya sendiri sebagai Ketua Pemuda UMNO Ranau, turun ke padang, melihat isu-isu yang disuarakan rakyat melalui Facebook dan kiriman mesej WhatsApp untuk kita selesaikan masalah rakyat walaupun kami bukan wakil rakyat Parlimen Ranau,” katanya ketika dihubungi MEDIA VARIASI, hari ini.

Jelas Vennex lagi, UMNO Ranau kini lebih tumpu menyelesaikan isu infrastruktur seperti kemudahan jalan raya yang rosak amat dekat di hati rakyat Ranau memandangkan sektor pertanian merupakan hasil ekonomi utama penduduk tempatan.

 

“Masalah utama jalan perhubungan dari kampung ke pekan merupakan tumpuan UMNO Ranau. Di kawasan Ranau ini merupakan pendalaman, sekarang ini musim hujan jadi kebanyakan jalan raya terputus.

“UMNO Ranau menghantar jentera mesin untuk membaik pulih jalan supaya aktiviti ekonomi seperti pertanian oleh penduduk dapat diteruskan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor