HomeBeritaAbah dakwa Allah itu Muhammad, cetus kebimbangan awam

Abah dakwa Allah itu Muhammad, cetus kebimbangan awam

KUALA LUMPUR: Semakin berleluasa dakwah mengelirukan masyarakat dalam negara ini, lebih membimbangkan apabila yang menyampaikan ini menampilkan diri sebagai alim.

Jika sebelum ini seorang wanita bergelar Ustazah Siti Afifah, yang dikecam netizen kerana terus mengeluarkan kenyataan lelaki yang hantar isterinya kepada doktor lelaki adalah dayus, bersalam dengan artis hilang roh, makan pil penahan sakit haram dalam Islam dan terbaru punca penyakit kencing manis kerana makan sumber haram.

Namun menjadi persoalan dalam kalangan netizen apabila seorang yang berpenampilan seperti ustaz dan ustazah, tiada pula tindakan segera dari pihak berkuasa agama.

Terbaharu, seorang individu lelaki dengan berserban berdakwah menggunakan akaun Tiktok dengan nama Abah Guru Long Azhar @longanagahuda, mengejutkan netizen khususnya umat Islam negara kerana mengeluarkan kenyataan kalimah syahadah atau dalam bahasa Melayunya ucapan, bahawa Allah itu Nabi Muhammad SAW.

Dalam rakaman video Tiktok berdurasi dua minit 51 saat yang telah dimainkan sebanyak 27,000 kali itu, individu berpakaian serban berkaca mata, dan berlatar belakang bingkai terpapar imej Allah dan Hu terbabit kononnya menjelaskan bahawa insan kamil yang sebenar adalah hidupnya hanya Allah yang bermaksud Muhammad.

“Siapa sebenarnya insan kamil? Apabila seseorang itu bergelar insan kamil, maka dia hidup berpengertiannya Allah. La ila ha illallah, tiada tuhan melainkan Muhammad.

“Allah itu sebutannya sahaja, illallah dia Muhammad, nama pujinya. Ismul khobur nama kebesarannya, Muhammad yang rahsianya, jadi orang siapa? Itulah Muhammad, itulah insan kamil. Ia bererti, seseorang itu bergelar insan kamil, zohirul robbi, batang tubuhnya.

“Yang kedua, dari Allah insan kamil itu dan selamanya berserta Allah. Wahuamaakum ainamakuntum, dia berserta kami selama-lamanya di mana saja kamu pergi,” menurut individu itu.

Berdasarkan tinjauan MEDIA VARIASI, terdapat ramai lagi individu termasuk penceramah bebas yang mengeluarkan kenyataan sama seperti individu @longahagahuda itu.

Justeru, netizen meminta pihak berkuasa agama menyiasat pihak perkara ini, khususnya ramai individu yang dilihat sengaja mengeluarkan kenyataan mengelirukan masyarakat, seperti tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ada juga yang meminta supaya pihak berkuasa agama untuk tidak menjalankan siasatan terpilih seperti yang diperkatakan pendakwaan terpilih dalam politik.

Ini kerana, rakyat sudah serik dan muak dengan perkara itu, sebaliknya mereka hanya mahukan penyelesaian dan kebaikan bersama.

Author

Pilihan Editor